HTC Zara

Selain mengumumkan telefon pintar murah HTC Desire 300, terdapat telefon Android lain yang diperkenalkan oleh HTC. HTC Desire 601 atau kerap disebutkan dengan nama HTC Zara adalah saudara kembar dari HTC Desire 600.

Hadir dengan skrin berukuran 4.5 inci dengan prosesor dual core Snapdragon 400 di dalamnya yang ditunjang oleh RAM sebesar 1GB. Tidak seperti Desire 600 yang menawarkan fungsi dual kad SIM, telefon pintar ini hadir dengan satu slot kad SIM.

Di bahagian belakang, telefon pintar ini mempunyai kamera 5MP dan sebagai tambahan terdapat kamera VGA di bahagian depan. Kemudahan ini dilengkapi teknologi HTC ImageChip yang mampu meningkatkan kualiti gambar.

Tidak hanya itu, telefon pintar ini juga memiliki kemampuan merakam video Full HD. HTC turut membenamkan UI Sense 5 dan sambungan LTE.

Dua iPhone baru dilancar

Cuppertino, California: Apple Inc melancarkan dua iPhone baru termasuk varian bajet yang disasarkan untuk peminat telefon pintar di negara sedang membangun.

Ketua Eksekutif, Tim Cook, berkata pasaran telefon pintar sudah berkembang terlalu besar tahun ini sehingga mendorong syarikat untuk menggantikan iPhone 5 dengan dua peranti baru.

Tempahan atas talian untuk varian mewah iPhone 5S dan model bajet 5C yang dikuasakan iOS 7 akan dibuka esok sebelum kedua-dua peranti baru berkenaan mula dijual di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura pada 20 September ini.

iPhone 5C adalah sebahagian usaha Apple untuk menyaingi tawaran meluas telefon pintar murah daripada pesaing, yang sebahagian besarnya menggunakan sistem operasi Android Google.

Ketua Pereka Bentuk Apple, Jony Ive, berkata walaupun 5C adalah varian berkos rendah dengan sarung polycarbonate dialas kerangka keluli, ia tetap cantik.

iPhone 5C dengan memori 16 gigabait (GB) berharga AS$99 (RM324) dengan kontrak dua tahun di Amerika Syarikat, manakala tanpa kontrak AS$549 (RM1,797.56), AS$100 lebih murah berbanding model asas iPhone sebelum ini.

Model berkualiti
5C bukan peranti berkualiti rendah, kata penganalisis di Gartner, Van Baker ketika ditemui selepas mencuba peranti itu pada pelancaran telefon pintar berkenaan di ibu pejabat Apple di sini, kelmarin.

Hanya sarungnya ditukar kepada plastik, sebab itulah Apple dapat turunkan harganya. Sama ada Apple dapat menarik pembeli baru dari negara sedang membangun dengan penurunan harga itu belum dapat dipastikan, katanya.

Model mewah iPhone 5S pula yang dijual pada harga AS$199 (RM651.58) dengan kontrak dua tahun atau AS$649 (RM2,124.99) tanpa kontrak, dilabel sebagai telefon pintar termaju pernah dihasilkan Apple hingga kini.

Naib Presiden Apple, Phil Schiller, berkata 5S adalah seperti penetap Piawai Emas bagi telefon pintar.

Ia dilengkapi cip pemproses sangat laju hinggakan menjadikan gerak kerja perkomputerannya hampir sama seperti sebuah komputer peribadi (PC).

Pengimbas cap jari


Ada lebih satu bilion transistor dalamnya, sekali gus menjadikan pengalaman melayari permainan dan aplikasi grafik sangat pantas, katanya sambil menambah bateri 5S boleh bertahan 10 jam dan 40 jam untuk memainkan muzik.

Ciri terhebat pada 5S adalah pengenalan pengimbas cap jari sebagai ciri keselamatan sebagai ganti kata kunci, serta sebagai cara pengesahan pembelian dalam iTunes.
AFP

Cara semak jika domain telah 'dibanned' dari Google Adsense

Walaupun untuk mendapatkan akaun Adsense sangat sukar , namun , ia adalah salah satu cara terbaik untuk blogger menjana pendapatan . Dan dengan ini , kebanyakan orang apabila mereka ingin membeli domain tertentu, mereka cuba untuk mengetahui jika domain tersebut mempunyai keupayaan untuk menggunakan adsense padanya atau telah diharamkan oleh adsense.

Apabila mereka mengharamkan akaun anda, ia bermakna bahawa anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan mereka lagi melainkan jika anda mempunyai peluang untuk mendapatkannya semula.. Pengharaman akaun anda mungkin disebabkan oleh penipuan klik , berbayar trafik dan memaparkan iklan dengan pop up.

Beberapa sebab Google mungkin mengharamkan domain anda.
*. Memaparkan Adsense anda pada laman web lucah atau berorientasikan dewasa.
*. Menyiarkan tentang perisian 'cracked' , perisian berbahaya

Kepentingan mengetahuinya adalah;
*. Ini akan membantu sekiranya anda ingin membeli domain dan berniat untuk menggunakan adsense 
*. Membantu anda agar dapat mengelakkan akaun anda daripada di 'banned'

Bagaimana untuk menggunakan Alat Ini?

*. Pergi ke http://ctrlq.org/sandbox
*. Masukkan domain yang anda ingin periksa di dalam kotak yang dipaparkan untuk domain.
*. Jika anda melihat iklan pada halaman, ini bermakna bahawa domain tersebut mempunyai adsense 
*. Jika anda tidak melihat iklan , bermakna bahawa domain tersebut mungkin telah diharamkan oleh Adsense.